Fiesta Riuh Sakan Utusan Malaysia & Kosmo : Pelbagai Program menarik menanti pengunjung

PUTRAJAYA 17 April – Fiesta Riuh Sakan Utusan Malaysia dan Kosmo! Pada 25 hingga 27 April ini di Monumen  Alaf Baru, Presint 2 di sini menyajikan pelbagai program menarik.

Antaranya ceramah dua pendakwah adik beradik terkenal , Kazim Elias dan abangnya, Datuk Kapten (B) Najmuddin, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memancing terbuka, pertandingan karaoke terbuka dan banyak lagi.

Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dalam kenyataannya berkata , Antara agensi kerajaan yang turut memeriahkan fiesta itu ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“selaras hasrat Mara memastikan masyarakat khususnya bumiputra mendapat manfaat berterusan terutama dalam aktiviti pendidikan dan keusahawanan, program outreach seperti ini diharap menjadi medium berkesan antara orang awam dan Mara.

“ Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program keusahawanan dan pendidikan Mara dipelawa mengunjungi gerai korporat Mara pada Fiesta Riuh Sakan ini ,“ katanya di sini hari ini.

Kata kenyataan itu , focus Mara dalam program berkenaan ialah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka boleh mendapatkan maklumat berkaitan peluang pengajian di dalam mahupun luar Negara serta program pendedahan kerjaya.

Katanya, sempena program itu, Institusi Pendidikan Mara (IPMa) seperti Institusi Kemahiran Mara (IKM) , Kolej professional Mara (KPM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German Malaysia Institusi (GMI) turut membuka pendaftaran terus ke institusi berkenaan.

“ Mara turut menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk mereka yang berminat menyertai bidang keusahawanan melalui konsultasi Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Mara, Rohaya Mohd. Zain berkata, Fiesta Riuh Sakan merupakan platform terbaik pihaknya mendekati rakyat dalam konsep santai dan menyeluruh.

“ Mara turut menghargai kerjasama strategic bersama rakan media seperti Utusan Malaysia untuk penganjuran pada kali ini dan berharap agar orang ramai mengambil peluang untuk mengunjungi gerai korporat kami,” katanya.

Penaja yang menjayakan fiesta kali ini termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya, Adabi , Nestle, 100 Plus, Radio BestFM, A&W, PERKASA, UFL, Ajinomoto, MARDI, Malaysia Toon, Boboiboy, PROSBOC, Andalusia Travel & Tours dan Ephyra.

Maklumat lanjut hubungi urus setia di 03-92394432/4430/4428/4429.

UTUSAN MALAYSIA , JUMAAT 18/4/2014

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.