Ciptaan Cabar Orang Kampung – Bekas Penuntut Giatmara

Sumber - Harian Metro

Sumber – Harian Metro

Gua Di kawasannya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jerani Tekoh, dekat sini, dia dikenali ramai kerana kepakaran mencipta motoslkal menggunakan komponen terpakai dengan modal yang rendah. Malah, ciptaannya itu yang menyerupai basikal namun digandingkan dengan kekuatan enjin empat lejang bersama tempat duduk sesuai, sentiasa menjadi tarikan penduduk yang beninat untuk menguji keupayaan jentera itu.

Bagi Mat Te Mat Sin, 46, yang juga dikenali dengan nama Mat Tie, dia tidak kisah untuk membenarkan sesiapapun menunggang motosikal berkenaan kerana menyifatkan ia suatu penghargaan terbesar buat dirinya.

“Sekurang-kurangnya apabila ada yang menyatakan inginan mereka untuk mencuba menunggang motosikal ini bermakna mereka juga yakin dengan kemampuan saya mencipta kenderaan yang selamat untuk mereka tunggangi.

“Walaupun hanya pusing keliling kampung dengan jarak yang tidak melebihi 10 kilometer, sudah cukup memotivasikan saya untuk menghasilkan motosikal lain yang lebih berkeupayaan tinggi.

“Ini hanyalah percubaan pertama saya, projek perintis selepas saya menamatkan kursus dalam bidang permotoran di Pusat GiatMARA Chiku 5, empat tahun lalu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, bapa empat anak yang juga seorang peneroka itu memberitahu, tempoh sebulan diperuntukkan untuk menyiapkan motosikal berkenaan. Katanya, dia memilih menggunakan komponen terpakai selepas mendapati banyak alat ganti kenderaan yang dibuang begitu saja selain mahu menyemai budaya kitar semula dalam kalangan penduduk kampung.

“Hampir keseluruhan komponen motosikal ini daripada bahan terbuang. Modal pun tidak besar. Saya menggunakan paip besi, tangki diperbuat daripada zink manakala enjin pula diambil daripada motosikal Honda C70 yang ti-dak boleh digunakan lagi.

“Semuanya saya baiki dancipta semula menggunakan ilmu yang diperoleh ketika menuntut di Giat MARA dulu. Ini juga sebahagian cara saya untuk menggajakkan orang kampung mencabar kreativiti dalam diri mereka.

“Kita mampu melakukan apa saja jika kita terus mencuba dan punyai keazaman untuk cabar diri,” katanya yang tidak berhasrat menjual ciptaannya kepada sesiapa. Bekas peserta Pertandingan Rekacipta Motosikal Buatan Sendiri 2011 di Johor Bahru itu sebaliknya, merancang untuk mengubah suai sebuah motosikal klasik yang diperincikan dengan teknologi terkini selain mencipta motosikal kuasa tinggi.

Sumber : Harian Metro – 12 April 2014

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.