Sasar Pertambahan 5,000 Usahawan

Sumber Gambar - Harian Metro

Sumber Gambar – Harian Metro

Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat menyasarkan pertambahan 5,000 usahawan di bawah naugan MARA Wilayah Persekutuan tahun ini menerusi pelbagai  pemberian insentif dan galakkan perniagaan yang disediakan.

Ketika ini, MARA Wilayah Persekutuan mempuyai 13,000 usahawan yang mana 30 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada pengusaha dalam bidang peruncitan.

Pengarah  MARA Wilayah Persekutuan , Suhaimi Zainuddin (gambar) berkata, peruncitan adalah sektor terbesar yang disertai oleh usahawan MARA Wilayah Persekutuan berbanding sektor pembuatan , perhidmatan, pemborongan, kontraktor dan teknologi.

Beliau berkata, Sektor peruncitan terbahagi kepada lima subsektor iaitu restoran, teknologi, komunikasi dan maklumat; spa; perkakasan; dan bengkel kenderaan yang menjadi fokus di dalam plan strategik usahawan sehingga 2015.

“Kami di MARA sentiasa menggalakan lebih ramai orang menyertai bidang keusahawan yang mana kita sentiasa memberi bantuan dari segi kewangan , mempromosikan produk serta bimbingan dalam menguruskan pernigaan.

“ Dari segi kewangan , MARA menyediakan pembiayaan kontrak antra RM500,000 hingga RM 1 juta kepada usahawan yang layak dan mengikuti syarat yang ditetapkan oleh kami bagi melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang mampu menerokai pasaran domestik serta asing secara meluas,” katanya pada majlis pelancaran MARA Retail 2014 disini, semalam.

MARA Retail 2014 adalah seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh MARA Wilayah Persekutuan yang mana ia disertai oleh 750 peserta terdiri usahawan MARA dan agensi kerajaan lain bagi berkongsi maklumat dan pengalaman dalam sektor peruncitan.

Suhaimi berkata , pihaknya juga menyasarkan lima Usahawan Wilayah Persekutuan mampu mengeksport produk mereka ke pasaran asing dalam tempoh tiga tahun  akan datang memandangkan ketika ini jumlah usahawan ke pasaran asing tidak begitu ramai.

“Menerusi program yang MARA ada seperti  MARA Retail 2014, ia mampu memberi inspirasi kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan pernigaan mereka dan lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang cabaran ,” katanya.

Sumber – Harian Metro

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.