YAKEB anjur kursus lahir atlet usahawan

Antara peserta kursus usahawan yang terdiri daripada atlet. Sumber Gambar- Barita Harian

Antara peserta kursus usahawan yang terdiri daripada atlet. Sumber Gambar- Berita Harian

Kuala Lumpur: Dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan bekas atlet kebangsaan, Yayasan Kebajikan Bekas Atlet (YAKEB) menganjurkan Kursus usahawan di sini, baru-baru ini.

Kursus yang dihadiri seramai 25 peserta ini turut mendapat kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan ia adalah kesinambungan daripada kursus pengenalan yang di adakan pada November, tahun lalu.

Menurut kenyataan YAKEB , selain berusaha melahirkan usahawan berjaya ia juga sebagai menjayakan Program Atlet Bantu Atlet iaitu atlet yang berjaya dalam pernigaan serta membantu atlet yang memerlukan bimbingan.

Katanya lagi, kursus ini juga bertujuan berkongsi kemahiran dan pengalaman dalam bentuk nilai keusahawanan yang mampu meningkatkan keperibadian peserta untuk mempunyai sifat berdaya saing.

Umpama pancing

“Ia umpama memberi pancing bukanya ikan, kerana ikan adalah untuk waktu yang singkat berbanding pancing yang boleh berdikari dengan lama,” katanya di sini semalam.

Antara atlet yang hadir pada kursus berkenaan adalah Rameli Manap (angkat berat), Samsudin mat(olahraga), Fadzlun Abas (bola jaring) dan Fadullah Lim (Ragbi).Selain itu, ia turut disertai Rahman Koyakutti dan Harun Rasheed (olahraga) yang akan menghadiri satu lagi kursus tambahan sebelum membentangkan kertas kerja untuk di nilai panel MARA bagi kelulusan bantuan modal perniagaan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.