Karnival Pendidikan MARA (KPM) 2014 Kembali Lagi!

Lokasi KPM2014

Karnival Pendidikan MARA (KPM) merupakan acara tahunan MARA yang mana ianya sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung terutamanya lepasan SPM dan golongan belia berkenaan tentang peluang-peluang meneruskan pengajian setelah tamat alam persekolahan.  MARA mengambil inisiatif ini bagi membolehkan pelajar  yang memiliki apa jua keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Selain itu, melalui KPM dapat membantu mereka untuk membuat pilihan yang lebih tepat dalam merencanakan halatuju mereka ke menara gading sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Karnival Pendidikan MARA juga merupakan satu platform bagi Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang kebanyakan pelajarnya mendapat tajaan MARA untuk mempromosi program-program pengajian yang ditawarkan. Selain dari itu, karnival ini disertai oleh agensi penaja selain MARA seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), Institusi Perbankan, showcase Kemahiran dan Inovasi serta syarikat/majikan yang memerlukan pekerja sekali gus membantu mereka mencari pekerjaan melalui syarikat/majikan yang menyertai karnival ini.

Karnival Pendidikan MARA ini menjadi medan penyatuan dan mendekatkan warga MARA  dengan rakyat.  Untuk menarik lebih ramai pengunjung, karnival ini akan turut disertai dengan Pameran Kerjaya yang mana ianya merupakan salah satu projek anjuran Pusat Sumber Kerjaya (PSK) MARA. Pada masa yang sama, Pameran Kerjaya MARA juga akan diadakan bagi membantu pelajar-pelajar MARA terutamanya pelajar lepasan tajaan MARA dan Institusi Pendidikan MARA dalam bidang kerjaya masing-masing dengan usahasama antara MARA dangan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan TalentCorp.

*Karnival Pendidikan MARA yang terdekat akan diadakan pada 15-17 Mac 2014 bertempat di Menara MARA Kuala Lumpur. Pelbagai pengisian menarik diadakan.

MASUK adalah PERCUMA!

Info Lanjut >> www.karnivalpendidikanmara.com
Facebook Page >>www.facebook.com/karnivalpendidikanmara
Info Lokasi & Pengisian >> http://on.fb.me/1fZGMPp
Lokasi >> http://bit.ly/18qq1ua

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.