Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Ibu Pejabat MARA

maulidurrasulmara

KUALA LUMPUR 27 Januari: Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijriyah Peringkat Ibu Pejabat MARA diadakan dengan penuh penghayatan melalui satu majlis yang dianjurkan hari ini . Antara pengisian sambutan tersebut adalah pertandingan perarakan yang disertai oleh warga kerja MARA, Program Bicara Santai serta Persembahan Keagamaan.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim bin Ahmad, sambutan ini merupakan aktiviti tahunan yang bukan sahaja dilaksanakan di Ibu Pejabat MARA malah turut anjurkan di peringkat negeri serta pusat-pusat MARA seluruh negara.

“Sambutan seumpama ini merupakan manifestasi MARA dalam menghayati kehidupan Rasulullah SAW untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan warganya,” ujar Ibrahim.

Sebanyak 33 kontingen terdiri daripada 1,000 orang warga MARA telah menyertai perarakan sempena sambutan ini. Sementara itu, Program Bicara Santai yang diadakan mengenengahkan Imam Muda Taufiq, yang merupakan Tenaga Pengajar Kolej MARA Banting sebagai moderator.

Dua panel program ini adalah Encik Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Abdul Aziz yang merupakan ibu bapa kepada Allahyarham Ahmad Ammar Azam, pelajar Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Turki yang mana sepanjang kehidupannya, beliau banyak menyumbang kepada kerja-kerja amal dalam membantu umat Islam.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Qasidah oleh para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Baru serta Persembahan Nasyid daripada Kumpulan Far East.

Galeri Foto >> http://on.fb.me/19WysUk

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.