Emerald Research Publication and Pathway Program Pertama diadakan di Asia

Para peserta "Emerald Research Publication and Pathway" bersama Simon (barisan depan dua daripada kiri)

Para peserta “Emerald Research Publication and Pathway” bersama Simon (barisan depan dua daripada kiri)

Port Dickson, 22 Januari: Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri yang menginginkan lebih banyak penulisan akademik bertaraf global dihasilkan oleh rakyat, MARA mengambil inisiatif dengan melaksanakan “Emerald Research Publication and Pathway” bermula 20 Januari hingga 23 Januari di sini dengan kerjasama Emerald Group Publishing.

Program ini yang dikendalikan oleh Simon Linacre, Head of Academic Relation and Services Emerald United Kingdom ini bertujuan  memberi pendedahan kepada peserta berkenaan selok belok penulisan, penerbitan dan penghasilan kajian yang berkualiti sehingga mampu diterbitkan dalam jurnal bertaraf antarabangsa dengan  indeks isi yang tinggidan pertama kali diadakan di Malaysia serta merupakan destinasi kedua di dunia selepas Kuwait.

Head of Academic Relation and Services Emeral United Kingdom, Simon Linacre semasa mengendalikan "Emerald Research Publication and Pathway"

Head of Academic Relation and Services Emeral United Kingdom, Simon Linacre semasa mengendalikan “Emerald Research Publication and Pathway”

Menurut Simon, program yang diadakan ini amat bertepatan memandangkan dunia memandang tinggi sumbangan jurnal daripada negara Asia seperti Malaysia yang dilihat mempunyai pelbagai elemen serta kepakaran yang diiktiraf di peringkat global.

“Terima kasih kepada MARA atas inisiatif mengadakan program ini dan diharap program ini menjadi perintis kepada penghasilan jurnal antarabangsa yang bermutu tinggi daripada Malaysia,” ujar Simon.

Program ini dilaksanakan khusus kepada peserta Program Sarjana Teknousahawan MARA sebagai usaha berterusan meningkatkan kompetensi usahawan bukan sahaja dalam lapangan perniagaan malah sehingga ke tahap penghasilan jurnal berkaitan perniagaan masing-masing.Sehingga kini seramai 700 orang usahawan telah menamatkan Sarjana Teknousahawan dengan bantuan MARA manakala 60 orang lagi kini dalam pengajian yang mana terdapat dalam kalangan mereka diiktiraf sebagai syarikat TERAS TERAJU malah ada yang bergelar usahawan jutawan.

Menurut Shahrizin Abdul Sarhadat, Timbalan Pengarah Pembangunan Usahawan MARA, selain daripada peserta Program Sarjana Teknousahawan MARA, program ini turut melibatkan melibatkan tiga Profesor Akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia serta pelajar Program Kedoktoran MARA-UKM dengan jumlah keseluruhan seramai 24 orang.

“Sudah pasti ini merupakan peluang kepada para peserta bagi mendalami selok belok penghasilan jurnal antarabangsa memandangkan program daripada Emerald mempunyai ekslusif tersendiri serta dinantikan di seluruh dunia. Malah program ini turut disertai pemerhati daripada Thailand dan Taiwan,” kata Shahrizin.

Menyentuh penyertaan, rata-rata peserta yang ditemui amat berpuas hati serta berterima kasih atas inisiatif MARA menganjurkan program berkelas antarabangsa ini.

Salah seorang peserta, Kamaruzaman Jahidin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Great IT solution Sdn. Bhd. berkata beliau amat bangga dengan usaha MARA memperkasakan usahawan Bumiputera bermula daripada peringkat bawah sehingga kepada pendedahan program antarabangsa ini.

“Memandangkan syarikat kami turut diiktiraf sebagai syarikat TERAS TERAJU (IT) hasil bantuan MARA, kami sememangnya berhasrat menghasilkan jurnal berkenaan Pengurusan Berkualiti Yang Berkait Dengan Keperluan Syariah dan sudah pasti ilmu di sini amat berguna ke arah penghasilan jurnal tersebut,” ulas beliau.

Sementara itu, menurut Azam Khalib, Marketing Manager Permodalan A.A.S Sdn Bhd pula, ilmu di sepanjang program ini amat berguna bagi beliau menterjemah ilmu perniagaan dalam bentuk penulisan akademik.

“Sebagai syarikat TERAS TERAJU (Pendidikan) yang menjalankan perniagaan Al-Quran Digital, kami berharap dapat menghasilkan jurnal berkenaan kandungan Al-Quran pada masa hadapan,” katanya.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.