KEJAYAAN KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) MERAIH PIALA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) KATEGORI MAJIKAN BESAR (PERKHIDMATAN) DI ANUGERAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 2013

kptm

KUCHING, 13 Disember 2013 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) berjaya mengungguli Kategori Majikan Besar (Perkhidmatan) Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia. Anugerah diterima oleh YBhg. Prof. Dr. Azali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dalam satu majlis gilang gemilang ‘HRD Award Dinner 2013’ bertempat di Hotel Hilton, Kuching Sarawak.

Piala PSMB adalah piala berprestij tinggi yang dianugerahkan oleh Kementerian Sumber Manusia kepada syarikat yang berprestasi tinggi dalam bidang pembangunan dan latihan sumber manusia. Syarikat dinilai oleh Panel Khas Kementerian Sumber Manusia secara holistic yang merangkumi kepimpinan, pelan strategik pembangunan dan latihan sumber manusia, pembangunan kerjaya staf dan keberkesanan latihan dilihat dari segi pencapaian objektif, visi dan misi syarikat.

Pertandingan ini diadakan setiap tahun untuk memilih syarikat tebaik dalam 5 kategori seperti berikut:

  • Majikan Besar Perkilangan
  • Majikan Besar Perkhidmatan
  • Majikan Kecil dan Sederhana Perkilangan
  • Majikan Kecil dan Sederhana Perkhidmatan
  • Penyedia Latihan

Bagi tahun 2013 sebanyak 15 buah syarikat telah disenarai pendekkan untuk menerima Anugerah PSMB. Kolej Poly-Tech MARA telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah PSMB kategori Majikan Besar Perkhidmatan di atas kecemerlangan dalam bidang pembangunan dan latihan sumber manusia.

 Diantara keistimewaan sebagai pemenang, nama syarikat akan diiklankan dalam akhbar aliran perdana, manakala profil syarikat akan dimuat turun dalam website HRDF dan penerbitan NHRC. KPTM juga akan dijemput untuk sesi perkongsian ilmu dalam HRD CEO Talk Series, HR Clubs dan Peer Mentoring Sessions. KPTM juga dibenarkan menggunakan logo pemenang Anugerah PSMB dalam kepala surat, website, brosur dan iklan dalam tempoh masa 2 tahun.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.