Parlimen Belia Malaysia Suara Demokrasi Gen Y

Parlimen Belia Malaysia Suara demokrasi Generasi Y

Parlimen Belia Malaysia (PBM) adalah salah satu daripada enam inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia. Parlimen Belia bermatlamat untuk memberi peluang kepada golongan belia Malaysia bagi menyuarakan suara belia, melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber.

PBM bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin dari kalangan generasi-Y demi kepentingan survival dan penerusan kepimpinan negara jangka panjang. PBM juga merupakan platform kepada belia bagi memberi peluang dan pengalaman secara praktikal dalam proses membuat undang-undang serta memahami sistem pentadbiran negara. Selain daripada itu, PBM akan menjadi rujukan mengenai trend belia kepada pentadbiran negara. Seorang wakil belia bagi setiap kawasan Parlimen akan dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia menggunakan sistem E-PBM.

Daftar online >> http://bit.ly/1exobP5

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.