MARA Rai Warga Kerja Dalam Jamuan Tahunan 2013

Penyampaian penghargaan kepada pesara MARA yang tidak berkeupayaan oleh YB Timbalan Menteri KKLW.

Penyampaian penghargaan kepada pesara MARA yang tidak berkeupayaan oleh YB Timbalan Menteri KKLW.

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (MARA) meraikan 210 warga kerjanya termasuk 100 pesara menerusi Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan Mara 2013 di sini Rabu.

Sebanyak 110 orang lagi ialah mereka yang berkhidmat selama 25 tahun.

Penghargaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi yang mewakili menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Nanta meminta pesara MARA agar terus memberi maklum balas dan cadangan kepada agensi itu mengenai sebarang isu demi kepentingan masyarakat bumiputera.

“Pesara MARA perlu menggunakan pengalaman yang dimiliki demi kesejahteraan masyarakat. Selain itu semangat dan jiwa MARA perlu dikekalkan supaya mereka terus mempunyai semangat untuk memajukan diri ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam majlis itu warga kerja yang berkhidmat selama 25 tahun menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000 sementara pesara pula menerima wang tunai RM1,000.

#BERNAMA 

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.