Global Economic Symposium (GES) 2013

1263934_579534152082640_1966575109_o

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA telah menerima jemputan daripada The Kiel Institute For The World Economy yang merupakan sebuah NGO berpusat di Jerman untuk menjadi salah seorang ahli panel Global Economic Symposium (GES) yang diadakan daripada 30 September hingga 2 Oktober 2013 di Kiel, Jerman.

GES adalah forum tahunan yang membincangkan pelbagai isu global bersama tokoh-tokoh dari kalangan ahli korporat, perniagaan, pemimpin negara, akademia, ahli-ahli sains, ahli ekonomi dan politik.

GES 2013 dihadiri oleh 1,500 peserta antarabangsa khususnya daripada Eropah dan Amerika Syarikat. Keputusan yang dicapai dalam GES akan diedarkan kepada industri dan organisasi dunia seperti IMF, OECD, Bank Dunia dan PBB.

979890_579534322082623_581381845_o

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA juga mengadakan lawatan kerja di pejabat Duta Malaysia di Jerman, HTW Berlin dan engagement bersama pelajar-pelajar tajaan MARA di Jerman.

Video GES 2013 – Innovation, Dynamism and Entrepreneurship >>http://www.youtube.com/watch?v=iHaOSAzG5V0

Galeri Foto >>http://on.fb.me/18Ul3YN

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.