Forum Kebangsaan Pemimpin Muda Dan Keusahawanan

IMG-20131007-WA0012

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dijemput sebagai panelis jemputan Forum Kebangsaan Pemimpin Muda Dan Keusahawanan. Forum ini diadakan bagi mengumpul pemimpin muda di pelbagai peringkat sama ada universiti awam dan swasta, persatuan belia serta usahawan muda untuk saling berinteraksi serta mendapat inspirasi dalam kepimpinan dan keusahawanan.

Seramai 1000 peserta menghadiri forum ini yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Turut bersama panelis Dato’ Dr. syed Ahmad bin Syed Shamsuddin Al-Sagoff, Presiden Akademi Pidato Nusantara merangkap Ikon Pidato Malaysia serta moderator forum, Encik Saiful Zaini bin Mohd Bopkhari, CEO Oil and Gas Company Samudera Dalam Sdn. Bhd merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Lipis.

Forum ini membincangkan “Budaya Kempimpinan Negara, Suatu Analisis Perbandingan”

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.