The 16th Asia Pacific Youth Forum Community 2013

20131001_105733

YAB Datuk Wira Ir. Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka ketika bersama peserta The 16th Asia Pacific Youth Forum Community 2013

YAB Datuk Wira Ir. Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan “The 16th Asia Pacific Youth Forum Community 2013” pada 17 September (Selasa) bertempat di Grand Ballroom 1, Hotel Hatten, Melaka.

Forum ini bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda berkenaan peranan mereka dalam membangunkan negara ke arah keamanan dan keharmonian di samping memupuk mereka berkenaan kepentingan “green technology” dan tadbir urus alam sekitar yang baik.

Lebih daripada 100 peserta dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Korea, Filipina, Malaysia dan lain-lain menyertai forum yang menawarkan rangkaian peluang strategik dalam bidang pendidikan perniagaan, perdagangan mahu pun pelaburan.

Turut hadir sama YB Datuk Hasan bin Abd. Rahman, EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, YBhg. Datuk haji Ariss bin Samsudin, Ahli Majlis MARA, YBhg. datuk Dr. Yoshiko Nakano, President of OISCA International dan Mr. Nakano Et-Su-Ko, Vice Presiden of OISCA International.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.