YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mewakili Menteri KKLW telah menyempurnakan “The 2nd MARA-OISCA International Business Forum” pada 14 September (Sabtu) bertempat di Hotel Premiera, Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
MARA-OISCA International Business Forum 2013 merupakan program kerjasama antara MARA dan OISCA Malaysian Chapter dalam melonjakkan lagi peluang-peluang perniagaan dan perkongsian ilmu serta kepakaran daripada Negara luar kepada usahawan Malaysia.
Lebih daripada 100 peserta daripada Amerika Syarikat, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Korea, Filipina, India, Bangladesh, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain negara menyertai forum ini.