Majlis Sambutan Aidilfitri MARA 2013 Dan Kemerdekaan Ke-56

Majlis sambutan Aidilfitri Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2013 dan

Majlis Sambutan Aidilfitri MARA 2013 & Kemerdekaan Ke-56 telah diadakan pada 5 September 2013 (Khamis), bertempat di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur, jam 11.30 pagi.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YB Dato Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri KKLW, YBhg. Dato’ Ibrahim Bin Muhammad, Ketua Setiausaha KKLW, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa, Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA, Mantan-mantan Pengerusi dan Ketua Pengarah MARA, YBhg. Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua-ketua Agensi KKLW,  YB dan Ybhg. Ahli Majlis MARA, Pengerusi dan CEO Syarikat Subsidiari MARA,  Setiausaha-setiausaha Bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahli Pengurusan MARA dan Wakil-wakil Agensi serta Bank-bank setempat.

Sambutan Aidilfitri MARA 2013 & Kemerdekaan Ke-56 dimulakan dengan sambutan Konvoi Kemerdekaan MARA yang telah bermula pada 3 September 2013 dengan majlis flag-off disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, jam 3.00 petang. Konvoi ini disertai seramai 56 orang penunggang motosikal yang terdiri daripada Kesatuan Pembantu Am Rendah (PAR), yang meneruskan perjalanan ke Melaka serta Negeri Sembilan, sebelum kembali semula ke Ibu Pejabat MARA pada 5 September 2013. Aktiviti kumpulan kembara konvoi ini dipenuhkan dengan program Community Service Responsibility Unit (CSRU) yang melibatkan anak-anak yatim dan pusat kebajikan orang-orang tua di kedua-dua negeri yang dilawati.

Simbolik penyerahan bendera Jalur Gemilang diadakan di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA setibanya Konvoi Kembara Merdeka MARA pada jam 11.45 pagi, kepada YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, sebelum disambung dengan Sambutan Aidilfitri MARA 2013. Majlis smabutan ini turut dimeriahkan dengan upacara penyerahan sumbangan hari raya kepada 32 orang anak-anak yatim rumah kebajikan Cheras. Majlis seterusnya dihiasi dengan persembahan menarik daripada sekumpulan kanak-kanak taska MARA yang mendendangkan lagu Jalur Gemilang dan Selamat Hari Raya, sebelum di teruskan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya dan kemerdekaan dari Kumpulan Antal Haq, Negeri Sembilan.

Pelbagai juadah hari raya di jamu dalam konsep gerai bertemakan Raya-Merdeka dan dapat dinikmati bersama-sama oleh seramai hampir 3,000 jemputan terdiri daripada jemputan-jemputan khas serta warga kerja Ibu Pejabat MARA. Majlis berakhir pada jam 3.00 petang.

Artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_05/RM400j-untuk-bumiputera-berniaga—Shafie

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.