MARA semarak sambutan bulan kemerdekaan

Hanisah (kiri) melancarkan peserta Kembara Merdeka MARA yang akan menjelah ke Melaka dan Negeri Sembilan di Kuala Lumpur semalam

Hanisah (kiri) melancarkan peserta Kembara Merdeka MARA yang akan menjelah ke Melaka dan Negeri Sembilan di Kuala Lumpur semalam

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyemarakkan bulan kemerdekaan melalui aktiviti Kembara Merdeka MARA yang dilancarkan pada hari ini.

Seramai 56 peserta terdiri daripada warga kerja MARA mengambil bahagian dalam Kembara Merdeka MARA ini, mengambil angka sempena 56 tahun kemerdekaan negara.

Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Hanisah Omar, program ini merupakan satu inisiatif MARA untuk menyemarakkan semangat patriotisme, bukan sahaja dalam kalangan warga kerjanya sahaja malah turut meniup semangat yang serupa kepada masyarakat di sekitar kawasan yang dilawati.

“Kembara akan menjelajah ke negeri Melaka, Negeri Sembilan dan kembali ke Ibu Pejabat MARA pada Khamis ini melibatkan 40 motosikal dan beberapa buah kenderaan lain yang bertindak sebagai pengiring dan pasukan teknikal serta paramedik.

Kembara yang turut melibatkan 10 orang wanita MARA ini akan turut melaksanakan program khidmat masyarakat dengan menyampaikan sumbangan tunai kepada Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka dan Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair, Sikamat, Seremban.

Menurut Hanisah lagi, sumbangan yang disalurkan merupakan salah satu usaha berterusan MARA dalam memastikan nikmat kemerdekaan turut dirasai oleh mereka yang tidak berkemampuan.

“Kita juga bercadang agar program ini dimasukkan dalam kalendar tahunan MARA di samping menjelajah ke lokasi lain pada masa hadapan,” ujar beliau sewaktu melancarkan Kembara Merdeka MARA di perkarangan Ibu Pejabat MARA semalam.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.