Makluman Situasi di Mesir

Keadaan di Mesir sekarang adalah tidak stabil ekoran daripada tindakan meleraikan perhimpunan penyokong Bekas Presiden di beberapa kawasan panas. Pihak Majlis Keselamatan Negara meminta para pelajar menangguhkan kepulangan ke Mesir kerana keadaan masih tidak menentu.

Mengikut maklumat yang diperolehi sesi pengajian 2013/2014 akan bermula seperti berikut:
Pelajar Perubatan : 1 Oktober 2013
Pelajar Pergigian : 21 September 2013

Bagi pelajar yang akan mengikuti peperiksaan Daur Thani (Peperiksaan Ulangan ) iaitu (bagi mereka yang gagal) akan diselaraskan oleh pihak Education Malaysia Egypt dengan pihak universiti dan pelajar perlu menghubungi pihak Education Malaysia Egypt (EME) untuk maklumat lanjut.

Program Pre-Internship Pelajar Perubatan Tahun Enam Universiti Iskandariah ditangguhkan dan program ini akan bermula pada 12 September 2013.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai keadaan situasi di Mesir dan tahap keselamatan pelajar di sana boleh hubungi Bilik Gerakan Keselamatan di Mesir yang beroperasi 24 jam

Education Malaysia Egypt (EME) : +202 37610013/19/68/26
Ustaz Ahmad Sofi (Hp) : +2 01064117779
Encik Bakri (Hp) : +2 01144437662
Pejabat : +203 4868360

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.