BADAN ANTARABANGSA IKTIRAF PERANAN MARA

Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA (kiri) menerima anugerah “Contribution to The Organisation” daripada YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor

Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA (kiri) menerima anugerah “Contribution to The Organisation” daripada YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor

JAKARTA, 13 Jun: Peranan dan fungsi Majlis Amanah Rakyat (MARA) diiktiraf oleh badan antarabangsa melalui anugerah “Contribution to The Organisation”, satu anugerah berprestij oleh HRD Asia yang merupakan sebuah badan yang menilai sumbangan serta transformasi perubahan melalui proses serta inovasi yang diterap dalam organisasi.

Anugerah disampaikan oleh YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia kepada Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad pada majlis The Asia HRD Awards 2013 di sini malam tadi,

Anugerah berprestij ini mengambil kira pencapaian luar biasa MARA dalam membangunkan modal insan terutamanya dalam kalangan belia di samping keupayaan membangun serta membimbing para professional dan juga usahawan sehingga menjadi contoh terbaik kepada institusi lain.

Bagi anugerah pada tahun ini, pihak HRD Asia telah menerima pencalonan daripada seluruh dunia termasuklah Malaysia seperti MARA.

Menurut Ibrahim, anugerah ini merupakan satu manifestasi penghargaan ke atas usaha yang dijalankan oleh MARA dalam membangunkan usahawan berjaya dan inovatif di samping melahirkan modal insan global dan berintegriti yang seterusnya menyumbang ke arah kemajuan negara.

“Pengiktirafan ini memberi implikasi yang besar kepada MARA sekali gus memberi kekuatan dan dorongan kepada kami untuk terus menghasilkan mutu kerja yang cemerlang pada masa hadapan,” katanya.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Korporat. Bookmark the permalink.