MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN AL-HUFFAZ 2012 MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

1

YB Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Al-Huffaz 2012 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada 28 Mei 2013 (Selasa) bertempat di Dewan Mahkota 2, Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Seramai 29 pelajar MRSM yang telah mendapat pencapaian tertinggi dengan memperoleh A+ bagi semua subjek pada SPM 2012 serta 37 orang  pelajar daripada MRSM Ulul Albab yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran akan diraikan di majlis ini.

Selain itu, anugerah MRSM terbaik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM 2012 akan turut disampaikan sempena majlis ini.

Galeri Foto >> http://4view.me/5v

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.