KOLABORASI STRATEGIK ANTARA MARA DENGAN FEIRAN TECHNOLOGY

942211_4874735746346_1504312021_n

Harian Metro, 24 Mei 2013

Kuala Lumpur, 23 Mei: Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Feiran Technology (M) Sdn. Bhd. (Feiran) memeterai satu memorandum persefahaman hari ini yang membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjalankan latihan teknikal dan perkongsian teknologi, kepakaran serta program pensijilan yang diiktiraf oleh badan antarabangsa di institusi pendidikan MARA.

MoU ini ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), YBhg Dato’ Abd Rahim bin Abd Ghani bagi pihak MARA manakala Ketua Pegawai Operasi (COO), Encik Zaibani Md. Dom mewakili Feiran.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Dato’ Abd Rahim bin Abd Ghani berkata:

“Usaha sama ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang mampu menjana pendapatan dan kekayaan di samping meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir yang kompeten selari dengan falsafah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Modal insan yang dilahirkan melalui kerjasama ini adalah berasaskan keperluan industri yang mana MARA dan Feiran akan mewujudkan perkongsian pintar dalam bidanglatihan dan pendidikan meliputi perkongsian maklumat, teknologi kepakaran, latihan kemahiran serta sijil profesional kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Melalui kerjasama ini, MARA dan Feiran turut membangunkan Pusat Kecemerlangan “Centre of Excellence” dengan memperkenalkan pendidikan “3D Design Software”, “3D Digital Mock-up” dan “Product Lifecycle Management (PLM)” yang membolehkan para pelajar mengubah cara sesuatu produk yang direkacipta, dikeluarkan dan dibangunkan sekali gus memberi impak kepada kesan simulasi sebenar sesuatu produk itu dihasilkan (“Real-life impact design”).

Selain itu, kerjasama ini juga membolehkan MARA berkerjasama dengan FEIRAN bagi mendapatkan pentauliahan dari DASSAULT SYSTEMES Perancis bagi sijil profesional CATIA V5/V6 (Computer Aided Three-dimensional Interactive Application) untuk ditawarkan kepada para pelajar lepasan IPMa.

CATIA V5/V6 diiktiraf oleh badan antarabangsa  dan antara contoh spektrum aplikasi dari pembelajaran sijil ini digunakan dalam pembangunan enjin kereta lumba Formula 1 (F1), simulasi dalam pembangunan sesebuah  bangunan, sistem aliran paip bawah tanah, enjin kenderaan, pembinaan  kapal terbang dan sebagainya yang mana ia boleh diuji dari segi simulasi ‘stress-test’ serta kesannya.

MARA selaku agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar merangka strategi pembangunan program latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) berteraskan “niche area” sejajar dengan keperluan industri dalam memastikan graduan yang dilahirkan melalui IPMa mempunyai keterbezaan yang unggul dengan ciri yang kompeten, berkualiti, inovatif dan kreatif bagi memacu transformasi ke arah Negara ekonomi berpendapatan tinggi.

Justeru, melalui kerjasama yang terhasil ini, MARA mensasar untuk melahirkan lebih ramai graduan dalam jangka masa lima (5) tahun melalui Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dalam bidang yang dahulunya mungkin tidak diminati para pelajar tetapi kini mampu menjana imbuhan pendapatan yang lumayan sebaris dengan golongan profesional sekali gus menampung keperluan industri yang memerlukan lebih 30 ribu tenaga mahir menjelang 2020.

Bidang-bidang yang sudah dikenal pasti dan sedang dijalankan oleh  MARA yang akan menggunapakai sistem perisian CATIA V5 dan V6 ini adalah seperti Automotif, Mekanikal, Pembuatan Termaju, Komposit dan Seramik (di dalam pembuatan badan kapal terbang), Bangunan, Lukisan Struktur, Foundri dan yang terkini adalah di dalam bidang “Railway Networking”.

Kini, seramai 25 orang pelajar tahun akhir kumpulan pertama dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) yang sedang menjalani latihan  High Impact Design Skill Development” (HIDeSD) di bawah “Program Strategik Action for Youth 1 Malaysia (SAY1M)” yang membantu graduan memiliki sijil kompentesi/profesional bertaraf antarabangsa selama empat bulan di bawah Industrial Bridiging Programme” sebagai persediaan memasuki industri/pekerjaan sebenar.

Program ini memberi peluang kepada pelajar yang sedang menjalani latihan amali di tahun akhir turut memiliki sijil kompetensi/profesional bertaraf antarabangsa sebaik lulus dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM).

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.