Kejohanan Malaysia Super Series 2013

IMG_5605

SEPANG, 4 Mei – Tiga pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) melalui pasukan MARA Hakeem Speed Racing Team telah menyertai Kejohanan Malaysia Super Series 2013 (kategori Superbike B) pada 3 dan 4 Mei 2013 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.

DSC04382

Pasukan MARA Hakeem Speed Racing mempertaruhkan tiga jentera yang ditunggang oleh Mohd Najuib bin Alias, Ahmad bin Abas dan Mohd Zaki bin Hamdan pada kejohanan perlumbaan 20 pusingan yang turut disertai oleh pelumba kebangsaan serta pelumba dari negara Asean seperti Singapura, Jepun, Thailand dan Australia.

podium baru

Pada perlumbaan tersebut, Saudara Mohd Najuib bin Alias yang menggunakan jentera 100% hasil usaha peserta lepasan Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) yang telibat di dalam Program Sepanjang Hayat (PSH) berjaya menduduki tempat ketiga daripada 50 orang pelumba yang bertanding.

_MG_0662

Menurut pemilik Hakeem Speed Racing Team, Encik Mohd Najuib Alias, kejohanan ini membuktikan pelajar-pelajar lepasan IKM dan KKTM sememangnya berkemampuan dalam mengendailkan kerja-kerja berkaitan pemasangan enjin termasuk Research and Development (R&D), bodywork serta rekabentuk grafik jentera perlumbaan.

“Bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran peserta lepasan IKM dan KKTM, saya merancang untuk membawa mereka ke pusat latihan permotoran di Milan, Itali pada tahun ini dan berharap kerjasama antara MARA dengan Hakeem Speed Racing Team dapat membentuk pasukan teknikal permotoran profesional yang terdiri dari kalangan Bumiputera untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

IMG_5470

Sementara itu, para pelajar lepasan MARA yang terlibat dalam penghasilan jentera di kejohanan ini adalah Zul Amadun bin Ismail dan Mohamad Syazrul Effendy bin Adnan dari IKM Tan Sri Yahya Ahmad, Pekan serta Muhammad Afiq bin Omar dari KKTM Rembau.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.