MAJLIS PERASMIAN EKSPO WINDOWS TO THE WORLD

Majlis Perasmian Ekspo Windows To The World telah diadakan pada 29 April 2013, Isnin, bertempat di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Ahli Pengurusan MARA dan Lembaga Pengarah Syarikat Subsidiari MARA.

Ekspo Windows To The World ini berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 26 April sehingga 30 April 2013, dengan disertai oleh usahawan-usahawan dari negeri Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Majlis perasmian ini turut diselitkan dengan Upacara Pertukaran Dokumen Persefahaman (MoU) antara Perusahaan Azan Sdn Bhd dan WMA Trading Sdn Bhd, Penyampaian Cek Lahad Datu daripada Persatuan Peniaga dan Peragaan Fesyen Tudung dari Pearl Haya Sdn Bhd.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.