Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang

Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang telah disempurnakan oleh YAB. Dato` Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada 28 April 2013 di Dewan MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

Bersempena dengan ini, satu Pelancaran Program Pekan English & Science Tuition (PESAT) turut diadakan. Bagi melengkapkan majlis, penyampaian anugerah MRSM Terbaik SPM 2012 dan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2012 kepada 7 bekas pelajar dari Sekolah Kampung Serai dan Sekolah Kampung Aceh.

Selain itu, Pameran Korporat MARA yang disertai oleh 8 Institusi Pendidikan MARA yang memerlukan hasil inovasi pelajar serta penyertaan lebih 10 usahawan tempatan telah diadakan bagi menarik lebih 7,000 pengunjung.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.