Majlis Perasmian Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka

98c52cccad584aa09699aa9e8365dd71

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Perasmian Kolej Profesional MARA  Ayer (KPM) Molek pada 21 Mac 2013 bertempat di KPM Ayer Molek, Melaka.

Kolej Profesional MARA Ayer Molek,  merupakan kolej  kedua di Melaka selepas Kolej Profesional MARA, Bandar Melaka yang menawarkan kursus Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) bagi para pelajar lepasan SPM.

Bersempena dengan majlis ini, pelbagai aktiviti turut diadakan selama dua hari iaitu 20 hingga 21 Mac 2013. Antaranya Karnival Pendidikan MARA, Karnival Usahawan dan program khidmat masyarakat. Selain itu, majlis turut dimeriahkan lagi pada sebelah malam dengan acara Malam Citrawarna yang menampilkan persembahan kebudayaan nyanyian dan tarian daripada kelab kebudayaan negeri Melaka.

Yang Amat Berhormat juga bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada Tabung Lahad Datu peringkat kolej bagi membantu keluarga wira-wira negara yang telah berjuang.

Pemberian sijil kecemerlangan akademik KPM Ayer Molek turut diberikan kepada para pelajar yang telah mencapai gred kumulatif 3.5 dan ke atas bagi semester Julai yang lalu.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.