YB Datuk Radin Malleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Melalap, Sabah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Jelajah Usahawan IKS Groom Big Daerah Tenom, Sabah pada 6 April 2013 (Sabtu) , jam 11.00 pagi, bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom, Sabah.
Karnival yang diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 5 hingga 7 April 2013 ini bertujuan mempromosikan produk Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah bagi meningkatkan jualan produk. Pelbagai pengisian akan diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti jualan produk IKS, pameran pelbagai agensi/jabatan kerajaan, bengkel keusahawanan dan aktiviti kemasyarakatan.