Majlis Perasmian Hari Usahawan Mikro

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Usahawan Mikro pada 3 April 2013 (Rabu) , jam 2.15 petang, bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat dan memantapkan pengetahuan usahawan Bumiputera di negeri Selangor dalam bidang keusahawanan seterusnya membina jaringan perniagaan di antara mereka. Selain itu, program ini turut bertujuan merealisasikan hasrat MARA mentransformasikan usahawan kecil melalui Skim Usahawan Kecil Dinamik (UKD) yang membantu usahawan kecil Bumiputera bagi menjalankan perniagaan dan meningkatkan perniagaan sedia ada.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.