Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam

YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan dan Perbankan Islam pada 23 Mac 2013 (Sabtu), jam 1.15 petang, bertempat di Tesco Peringgit, Melaka.

Karnival ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Diploma in Entrepreneurship (Den) dan Diploma in Islamic Banking & Finance (DBF) bagi mempraktikkan ilmu mengenai keusahawanan dan perbankan Islam yang telah dipelajari, di samping mencungkil bakat keusahawanan yang berdaya saing. Selain itu, karnival ini dapat mengetengahkan Institutusi Pendidikan MARA, khususnya Kolej Profesional MARA Bandar Melaka kepada masyarakat.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.