Majlis Perasmian “MARA Menjelang 2020: Tertunaikah Amanah Rakyat”

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Perasmian “MARA Menjelang 2020: Tertunaikah Amanah Rakyat” pada 21 Mac 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari, bertempat di Hotel Klana Resort, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan tanggungjawab dan peranan warga kerja MARA dalam memastikan perjuangan MARA terus relevan dalam abad ke-21 bagi memastikan bangsa kita setanding dengan negara-negara maju. Seminar ini melibatkan penyertaan seramai 700 orang warga kerja MARA dari semua pusat pentadbiran MARA. Program ini juga dilaksanakan bersempena Sambutan Hari MARA ke-47 tahun peringkat MARA Negeri Sembilan. Hari MARA yang jatuh pada 1 Mac 2013 disambut di seluruh negara sepanjang bulan Mac 2013.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.