Majlis Perasmian Seminar Transformasi Imej Usahawan Penyewa

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Transformasi Imej Usahawan Penyewa pada 18 Mac 2013 (Isnin), jam 10.15 pagi, bertempat di Permai Inn, Kuala Terengganu.

Seminar ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyewa dalam bidang keusahawanan seterusnya menyemai budaya inovatif dan proaktif seorang penyewa. Seminar ini merupakan inisiatif dan usaha MARA dalam mentransformasikan imej usahawan MARA khususnya penyewa-penyewa premis MARA peringkat negeri Terengganu.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.