Majlis Perasmian Seminar Pemantapan Integriti 1 MARA Terengganu

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Pemantapan Integriti 1MARA Terengganu pada 18 Mac 2013 (Isnin), jam 2.15 petang, bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Seminar ini bertujuan menyemai dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan usahawan Bumiputera mengenai kepentingan integriti dalam apa juga urusan khususnya yang melibatkan pihak MARA. Program ini juga bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk mentransformasi negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan bebas penyelewengan.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.