Majlis Perasmian Entrepreneur Park Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang

YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Entrepreneur Park Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang pada 17 Mac 2013 (Ahad), jam 10.45 pagi, bertempat di Kawasan Industri MARA (KIM), Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Majlis Perasmian Entrepreneur Park Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang ini merupakan pelancaran penjenamaan semula Kawasan Industri MARA kepada Entrepreneur Park. Penjenamaan ini bermatlamat untuk menjadikan ia sebagai pusat pemprosesan, penghasilan dan pemasaran produk usahawan bimbingan MARA khususnya bagi usahawan sekitar Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.