Karnival Pendidikan MARA 2013 Peringkat Kebangsaan

ba45d6e4bf8143679b99ee8885475469

Karnival Pendidikan MARA 2013 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YB. Dato Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 16 Mac 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

 

Majlis Perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran Ahmad Fedtri bin Yahya selaku moderator yang mengendali sesi bual bicara bersama YB. Dato’ Hasan bin Malek. Majlis ini dihadiri oleh pihak agensi Kerajaan dan Swata serta rakan strategik MARA seperti IPTA/ IPTS dan Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Malaysi (JTKSM)

Penganjuran Karnival kali ke-14 yang berlangsung selama 2 hari dari 16 hingga 17 Mac 2013 ini dihadiri seramai 300,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai jenis laporan sama ada peringkat SPM, STPM, Diploma dan Ijazah termasuklah Pasca.

Penganjuran  ini dapat memberi peluang kepada para lepasan sekolah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bersesuaian dengan kelayakan akademik, minat dan kemahiran.

Selain itu, sebagai tarikan pengunjung pelbagai program dan aktiviti yang disertai oleh 1040 penyertaan daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam(IPTA) serta Swasta (IPTS) Dalam dan Luar Negara dan juga JobsMalaysia seperti Ujian Personaliti, Taklimat Kerjaya, Pameran Pendidikan, Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka, Pameran Penajaan daripada Agensi Pernbankan dan Agensi, Ruang Pameran Perniagaan dan Klinik Kerjaya.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.