Sambutan Hari Wilayah Peringkat MARA

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA telah menyempurnalan Majlis Perasmian Sambutan Hari Wilayah Peringkat MARA pada 16 Februari 2013 (Sabtu), jam 10.30 pagi, bertempat di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme bagi memastikan perpaduan dan pembangunan kesejahteraan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai pengisian diadakan antaranya pertandingan mengaibarkan bendera Wilayah Persekutuan di premis-premis MARA, pertandingan fotografi, booth jualan produk usahawan dan mencanting batik.

Turut hadir sama YBhg. Dato’Hanisah bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA dan Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Teh Arfah binti Kamarul Zaman.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.