Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ibu Pejabat MARA 2013

db8585f219d24e4e86d689d1c7c85f9f

Kontinjen pengurusan MARA mengetuai perbarisan perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ibu Pejabat MARA.

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA telah menyempurnakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ibu Pejabat MARA 2013 pada 15 Februari 2013 (Jumaat), jam 8.30 pagi bertempat di Pintu Utama, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sambutan ini bertujuan membangkitkan penghayatan Maulidur Rasul disamping mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga kerja MARA. Perarakan bermula dari Pintu Utama Ibu Pejabat MARA dan seterusnya melalui Jalan Raja Laut mengelilingi Bangunan MARA dan berakhir di Dewan Utama, Hotel Premiera, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

bcb2feac710149d69c3a0b912ecdcd9d

Sempena sambutan ini, MARA turut melancarkan Tabung ‘MARA To Gaza’yang bertujuan mengumpul dana dalam usaha membantu rakyat Palestin.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.