Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tawau, Sabah

ed7e334656bf429396f204d6bae676a1

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) ketika menandatangani plak perasmian MRSM Tawau.

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tawau, Sabah pada 26 Januari 2013 (Sabtu), jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seri Ixora, MRSM Tawau, Batu 5, Tawau, Sabah.

Pembinaan MRSM yang ke-39 ini telah mula beroperasi pada tahun 2008 dengan keluasan 67 ekar dilengkapi prasarana pembelajaran dan sukan. Sehingga kini, MRSM Tawau telah mempunyai seramai 536 pelajar.

fffeb988aa184cc7bc23227af8bc98ac

Bersempena dengan majlis ini, satu penyampaian anugerah pelajar cemerlang MRSM dan Sekolah Angkat MRSM turut disampaikan. Bantuan persekolahan juga turut disampaikan kepada para pelajar .

Majlis ini dihadiri seramai 1,500 jemputan terdiri daripada ibu bapa, pemimpin masyarakat, masyarakat setempat dan anggota kerja MARA.

Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW, YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Haji Yusoff bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha KKLW,  YBhg. Datuk Dr. Haji Yusoff bin Haji Yacob, Ahli Majlis MARA dan Ybhg. Dato’Haji Rahim bin Abu Bakar, Ahli Majlis MARA.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.