Majlis Perasmian Karnival Teknousahawan IKM dan KKTM

766d81d4ddca4c11a31ea2d8b7c8cae8

Dari Tengah- Yang Berhormat Datuk Haji Ariss bin Samsudin, Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sektor Keusahawanan MARA ketika menyempurnakan gimik perasmian Karnival Teknousahawan IKM dan KKTM.

Yang Berhormat Datuk Haji Ariss bin Samsudin, Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sektor Keusahawanan MARA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Teknousahawan IKM dan KKTM pada 23 Januari 2013, jam 8.15 pagi bertempat di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

1ed0155efca843809803c619fc8cb429

Salah satu kenderaan inovasi dari pelajar-pelajar IKM/KKTM

Karnival ini berlangsung selama tiga hari bermula 21 Januari hingga 23 Januari 2013. Karnival ini bertujuan memberi peluang kepada komuniti usahawan tekno KKTM dan IKM untuk mempamer, mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan yang diusahakan melalui proses pembelajaran kurikulum berkonsepkan ‘Pamer, Jual dan Tempah’. Pelbagai pengisian diadakan sepanjang karnival ini seperti pameran jualan produk, creative talk dan demonstrasi produk IKM/KKTM

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.