Majlis Perasmian Hari Inovasi MARA 2013

643e34b9d32f491e95b500556c0afaf5

YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW ketika sesi bergambar bersama-sama penerima Anugerah Inovasi MARA 2013

YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Inovasi MARA 2013 pada 17 Januari 2013 (Khamis), jam 9.45 pagi bertempat di Dewan Utama, Hotel Premiera, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Majlis ini memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada hasil produktiviti dan inovasi ke atas kejayaan yang telah dicapai melalui pelaksanaan inovasi di MARA. Di samping itu, pelbagai hasil produktiviti dan inovasi serta Commercial Ready oleh pelajar Institusi Pendidikan MARA dan para usahawan MARA akan dipamerkan sempena Hari Inovasi MARA ini.

1661d6b274004a3580629da81346ee8c

Dalam majlis ini juga, Syarikat Zull Design Autotronic telah melancarkan dua produk inovasi iaitu Vending Machine Bottled Mineral Water dan Vending Machine Pau bertempat di Lobi Medan MARA.

Turut hadir sama, YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan Ahli-Ahli Majlis MARA.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Korporat. Bookmark the permalink.