Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

1527e9e05dbc4a579da1c774b41884e6

Dari Tengah- YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri KKLW menyaksikan MoU antara SPAD dan MARA.

YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyempurnakan  Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada  10 Januari  2013  (Khamis),  jam 10.45 pagi bertempat di Tingkat 24, Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Majlis  Menandatangani  Memorandum Persefahaman Antara Majlis Amanah Rakyat (MARA)  dan  Suruhanjaya  Pengangkutan  Awam  Darat  (SPAD) bertujuan untuk memeterai  perjanjian  persefahaman  untuk  menjalankan latihan dan program kerjasama dalam  bidang  pengangkutan  awam  tanah seterusnya menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai pengangkutan awam.

Melalui   MOU  ini,  MARA  dapat  mempertingkatkan  lagi  perkhidmatan  bas henti-henti MARA  Liner  di  kawasan  luar bandar dalam usaha meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.