Majlis Perasmian Program “Anjung Pengantin”

YBhg. Datuk Mohd Rosdi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA (tengah) menerima sijil Malaysian Book ofRecords” dalam menghasilkan “Bunga Pahar Terbesar” daripada wakil Malaysian Book ofRecords.

YBhg.   Datuk   Mohd   Rosdi  bin  Haji  Ismail,  Timbalan  Ketua  Pengarah (Keusahawanan)  MARA  telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program “Anjung Pengantin”  pada 30 Disember 2012 (Ahad) jam 2.30 petang bertempat di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Program  “Anjung  Pengantin Pesona Raja Sehari” dianjurkan sempena Festival Perkahwinan MARA 2012 yang bermula pada 27 hingga 30 Disember 2012.

Sempena  festival  ini,  MARA  telah untuk memecah rekod ”Malaysian Book of Records” dengan menghasilkan “Bunga Pahar Terbesar” yang mengandungi 7,000 kuntum bunga telur.

Festival  ini  turut  meraikan  persandingan sepasang golongan asnaf dengan kerjasama Baitulmal  Wilayah Persekutuan di samping memberi peluang kepada para  usahawan berkaitan  perkahwinan  untuk  mempamer serta mempromosikan hasil reka cipta serta perniagaan masing-masing kepada para pengunjung.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.