Majlis Apresiasi Kontijen MARA sempena Asean Skills 2012

772845927c9b41fd9bc668c1d17a37a6

YBhg. Dato’ Abd Rahim bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Kontinjen MARA yang mencipta kejayaan di “Asean Skills Competition 2012”, Jakarta baru-baru ini pada 21 Disember 2012 (Jumaat) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Multaqam, Tingkat 10, Maju Junction, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen MARA yang telah menyertai Asean Skills Competition 2012 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 13 hingga 20 November 2012.

MARA menerusi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan GIATMARA telah menyertai 10 kategori kemahiran yang dipertandingkan dan berjaya memperoleh satu pingat perak, dua (2) gangsa serta lima (5) medallion for excellence.

Sempena majlis ini, pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MARA bersama lima (5) pemain industri akan turut diadakan. Melalui MoU ini, MARA berusaha mengembang serta memperkasakan lagi bidang latihan dan pendidikan teknikal & vokasional (TVET) melalui perkongsian teknologi serta kepakaran bersama syarikat swasta dan multinasional di samping memberi peluang latihan industri kepada pelajar TVET MARA di syarikat tersebut.

Galeri Foto

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.