Persidangan Pegawai MARA Daerah 2012

Pejabat MARA Daerah (PMD) Kuching memenangi PMD Terbaik 2012 diikuti PMD Kuala Kangsar di tempat kedua dan PMD Semporna di tempat ketiga.

Pejabat MARA Daerah (PMD) Kuching memenangi PMD Terbaik 2012 diikuti PMD Kuala Kangsar di tempat kedua dan PMD Semporna di tempat ketiga.

MARA mengadakan persidangan khas menghimpunkan Pegawai-pegawai MARA Daerah dari seluruh pelusuh tanah air dari 16 hingga 18 Disember 2012 bertempat di Hotel Crowne Princess, Kuala Lumpur. Program tahunan ini amat signifikan untuk membincangkan isu-isu terkini melibatkan pembangunan keusahawanan dan pendidikan MARA di peringkat daerah.

Sebagai pegawai barisan hadapan yang memberi perkhidmatan terus kepada pelanggan-pelanggan MARA, PMD di lihat memainkan peranan penting untuk memastikan visi dan misi MARA tercapai. Dengan tema ‘Dimensi Baru’ pada tahun ini, diharapkan Persidangan PMD Se-Malaysia 2012 menjadi titik tolak perubahan peranan MARA di peringkat daerah sesuai dengan transformasi yang sedang digerakkan oleh negara.

Galeri Foto : http://www3.mara.gov.my/bps/galeri/2012/012_Dis/005/index.html

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.