Majlis Perasmian dan Penutup Festival Hijab

Heliza turut terlibat dalam Festival Hijab di Anggerik Mall, Selangor.

Heliza turut terlibat dalam Festival Hijab di Anggerik Mall, Selangor.

YBhg. Datuk Mohd Rosdi bin Ismail  akan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutup Festival Hijab pada 25 November 2012 (Ahad) jam 2.15 petang bertempat di Ruag Legar, Anggerik Mall, Selangor.

Festival Hijab yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh MARA ini akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 23 hingga 25 November 2012 bertempat di Anggerik Mall, Selangor. Program ini merupakan platform kepada usahawan-usahawan Bumiputera dalam bidang rekabentuk fesyen muslimah kontemporari bagi mengetengahkan idea, kreativiti dan rekaan terkini kepada peminat-peminat fesyen. Pelbagai pengisian dan aktiviti yang akan memeriahkan festival tersebut antaranya aktiviti jualan oleh usahawan yang berkaitan, pertunjukan fesyen, forum, demostrasi pemakaian hijab dan sebagainya.

Galeri Foto : http://www3.mara.gov.my/bps/galeri/2012/011_Nov/012/index.html

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.