MARA Nafi Sedia Dana Pinjaman Khas MARA Usahawan 1Malaysia

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hasni binti Suleiman membuat kenyataan akhbar seperti berikut:

Merujuk kepada Dana Pinjaman Khas MARA Usahawan 1Malaysia sepertimana yang diuar-diuarkan, DINYATAKAN MARA tidak mewujudkan dana ini yang dipercayai dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan kepentingan individu atau syarikat. MARA juga tidak pernah melantik mana-mana agen ataupun syarikat untuk menguruskan dana pembiayaan perniagaan MARA.

Namun sebagai agensi pembangunan agenda ekonomi Bumiputera, MARA menyediakan bantuan dan kemudahan dalam membangunkan perniagaan usahawan pelbagai kelompok menerusi skim, objektif dan misi selaras dengan agenda nasional.

MARA akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memanipulasikan maklumat. Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan pelbagai bentuk promosi pihak tertentu. Bagi mereka yang menerima sebarang maklumat tersebut atau mempunyai kemusykilan, hendaklah berhubung terus dengan Pejabat MARA Negeri atau Pejabat MARA Daerah berdekatan.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.