Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Dan Pendidikan Johor

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Kompleks Sukan Pagoh, Muar,  Johor pada 20 Oktober 2012, jam 11.00 pagi.  Program ini bertujuan untuk MARA mendekati rakyat melalui penyaluran maklumat tentang pelbagai kemudahan dan produk keusahawanan serta pendidikan MARA.

Karnival ini akan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 19 Oktober 2012 hingga 21 Oktober 2012. Karnival ini akan memuatkan pelbagai pengisian seperti  pameran keusahawanan dan pendidikan, khidmat masyarakat, pemadanan perniagaan (business matching), klinik usahawan khususnya kepada masyarakat setempat dan sukan rakyat.  Melalui program ini juga Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa) akan mempromosikan
program-program yang ditawarkan dan membuat tawaran terus kepada calon-calon yang layak tetapi masih belum membuat permohonan di mana-mana institusi pendidikan MARA.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.