MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA YB TIMBALAN MENTERI KKLW BERSAMA USAHAWA MARA KELANTAN

YB Dato’ Hasan bin Malek,  Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Perdana Usahawan MARA Kelantan pada 1 Oktober 2012 jam 7.45 malam bertempat di Tingkat 6, Grand Ballroom Hotel Renaissance Kota Sri Mutiara, Kota Bahru Kelantan.

Majlis Makan Malam Perdana ini merupakan satu inisiatif MARA untuk mempertemukan pimpinan tertinggi bersama komuniti usahawan MARA Kelantan dan seterusnya mengenal pasti keperluan dan permasalahaan yang dialami oleh para usahawan negeri ini. Seterusnya segala maklumat yang diterima akan digunakan dalam usaha memacu
pertumbuhan ekonomi setempat melalui program-program keusahawanan MARA.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.