Salam Aidilfitri MARA 2012

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ketika Salam Aidilfitri MARA 2012

Majlis Salam Aidilfitri MARA 2012 Bersama YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah selamat dilaksanakan dengan meriahnya pada 11 September 2012 bersamaan 24 Syawal 1433H di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang, Selangor. Majlis dihadiri lebih 4000 jemputan terdiri daripada pemimpin masyarakat, wakil jabatan agensi, masyarakat tempatan, para pelajar dan warga kerja MARA.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian yang menarik antaranya Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Dekorasi Gerai, Grafiti dan banyak lagi disertai oleh para pelajar IPMa, anggota kerja MARA serta masyarakat setempat.

Majlis dimulakan dengan Konvoi 55 Motosikal dihiasi dengan tema kemerdekaan mengiringi tetamu kehormat.Majlis Salam Aidilfitri MARA buat tahun kedua yang dilaksanakan di luar ibu pejabat ini dapat mengukuhkan silaturrahim di kalangan masyarakat tempatan yang juga merupakan hasrat YB Menteri KKLW untuk mendekati rakyat. Majlis dimulakan dengan Konvoi 55 Motosikal dihiasi dengan tema kemerdekaan mengiringi tetamu kehormat.

Majlis Salam Aidilfitri MARA buat tahun kedua yang dilaksanakan di luar ibu pejabat ini dapat mengukuhkan silaturrahim di kalangan masyarakat tempatan yang juga merupakan hasrat YB Menteri KKLW untuk mendekati rakyat.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.