Program Mesra Rakyat dan Perasmian Bazar MARA Pelangai MARA, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

YB Dato’ Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ketiak Program Mesra Rakyat dan Perasmian Bazar MARA Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah akan menyempurnakan Program Mesra Rakyat dan Perasmian Bazar MARA Pelangai MARA, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 13 September 2012 (Khamis) jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan Bazar MARA Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Program Mesra Rakyat dan Perasmian Bazar MARA Pelangai merupakan satu usaha MARA untuk mengadakan engagement bersama rakyat dalam memberi kesedaran sekali gus meuar-uarkan tentang pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA khususnya dalam membangunkan usahawan yang berjaya dan inovatif secara tidak langsung mempromosikan Bazar MARA Pelangai, Kuala Pilah sebagai pusat jualan produk-produk usahawan MARA.

Pelbagai pengisian diadakan sepanjang program ini yang berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang seperti seminar keusahawanan MARA, Jamuan Rakyat, persembahan kebudayaan, booth jualan produk-produk usahawan MARA dan pameran Kementerian/Agensi Kerajaan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.