Takziah kepada keluarga Allahyarham Hanisah Muhd Shah

Bapa Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada yang membantu dan memberi sumbangan.

Allahyarham Hanisah Muhd Shah, 22 tahun, pelajar MARA yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Vladimir, Rusia pada 2 September lalu telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun, Terengganu pada 8.30 pagi tadi.

Majlis MARA dan Pengurusan serta warga MARA di seluruh negara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam golongan
ahli syurga.

Ketua Pengarah MARA, YBhg Datuk Ibrahim Ahmad mengingatkan pelajar-palajar tajaan MARA dalam dan luar negara untuk mengambil iktibar serta menasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan di samping terus berdoa agar mendapat perlindungan Allah SWT daripada musibah begini.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.