Majlis Perasmian ’11th International Entrepreneurship Forum (IEF)’ dan ‘International Innovation & Entrepreneurship Exposition (2I2E) Kuala Lumpur 2012’

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika lawatan International Innovation & Entrepreneurship Exposition (2I2E) Kuala Lumpur 2012

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian ’11th International Entrepreneurship Forum (IEF)’ dan ‘International Innovation & Entrepreneurship Exposition (2I2E) Kuala Lumpur 2012’ pada 4 September 2012, jam 9.30 pagi, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

IEF merupakan sebuah forum terunggul di dunia anjuran Centre of Entrepreneurship University of Essex, United Kingdom dengan kerjasama Organisation For Economic Co-operation And Development (OECD) dan Local Employment And Economic Development (LEED) Programme yang berpusat di Perancis. Forum-forum terdahulu telah diadakan di Itali, Perancis, Afrika Selatan, Bahrain, Turki, China serta India. Melalui kerjasama antara University of Essex dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dimiliki sepenuhya oleh MARA, Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi 11th IEF 2012 buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran IEF yang akan menyaksikan seramai 800 orang peserta antarabangsa dari kalangan tokoh perniagaan, para usahawan, pakar polisi dan tokoh akademik terkemuka dunia dari 25 buah negara yang akan membincangkan hala tuju keusahawanan di peringkat global. Manakala 2I2E pula merupakan platform untuk usahawan antarabangsa dan tempatan mempamerkan produk-produk berinovasi dan berteknologi tinggi di samping merebut peluang untuk menjalinkan kerjasama strategik serta memperluaskan pasaran produk sepanjang ekspo ini dijalankan.

 

 

 

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.