PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN BENDERA JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN RAMADAN 1433H DAN KEMERDEKAAN KE-55

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA ketika mengagihkan bubur lambuk kepada penyewa-penyewa premis MARA

Bersempena dengan bulan mulia Syahru Ramadan, pada 2 Ogos 2012 bersamaan 13 Ramadan 1433 Hijrah, dan bagi meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 tahun, YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA mengagihkan bubur lambuk dan bendera Jalur Gemilang kepada warga MARA dan penyewa premis MARA pada jam 4.00 petang di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA.

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA turut mengagihkan bubur lambuk dan bendera Jalur Gemilang

Turut hadir sama menyampaikan bubur lambuk dan bendera Jalur Gemilang, Ybhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA serta pengurusan MARA.

 

 

 

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.